15 Julai – JKKK Kg Bukit Laka dan AJK
Surau Tuan haji Abdul Kudus, Kampung Bukit Laka ini
telah menganjurkan tadarus Al-Quran sepajang bulan Ramadhan 1435. JKKK Kg.
Bukit Laka mengambil inisiatif menganjurkan majlis ini dengan harapan ianya
dapat membentuk dan melahirkan rasa cinta terhadap Al-Quran.
Tuesday, 15 July 2014
Saturday, 12 July 2014
Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan
Sempena bulan ramadhan yang mulia ini pihak JKKK Kampung Bukit Laka telah mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk Kampung Bukit Laka. Majlis tersebut telah diadakan pada 12 Julai 2014 di Surau Kampung Bukit Laka.
Bagi menjayakan majlis tersebut Tuan Pengerusi JKKK Kamoung Bukit Laka telah bermurah hati menyumbangkan seekor kambing untuk di jadikan hidangan pada majlis tersebut. Gotong-royong memasak telah dilakukan dengan kerjasama dari seluruh ahli jawatankuasa JKKK Kampung Bukit Laka bersama penduduk kampung.Bagi mengeratkan lagi tali silaturahim di kalangan penduduk telah menjadi tradisi untuk penduduk membawa makanan dari rumah untuk di kongsi bersama ketika majlis berbuka puasa tersebut.
Seramai 150 orang penduduk kampung telah hadir bagi menjayakan majlis ini. Majlis dimulakan dengan ucapan dari ketua kampung yang juga merupakan pengerusi JKKK.Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.
Subscribe to:
Posts (Atom)