Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Saturday, 12 July 2014

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini pihak JKKK Kampung Bukit Laka telah mengadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk Kampung Bukit Laka. Majlis tersebut telah diadakan pada 12 Julai 2014 di Surau Kampung Bukit Laka.

Bagi menjayakan majlis tersebut Tuan Pengerusi JKKK Kamoung Bukit Laka telah bermurah hati menyumbangkan seekor kambing untuk di jadikan hidangan pada majlis tersebut. Gotong-royong memasak telah dilakukan dengan kerjasama dari seluruh ahli jawatankuasa JKKK Kampung Bukit Laka bersama penduduk kampung.Bagi mengeratkan lagi tali silaturahim di kalangan penduduk telah menjadi tradisi untuk penduduk membawa makanan dari rumah untuk di kongsi bersama ketika majlis berbuka puasa tersebut.


Seramai 150 orang penduduk kampung telah hadir bagi menjayakan majlis ini. Majlis dimulakan dengan ucapan dari ketua kampung yang juga merupakan pengerusi JKKK.Majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.



Selesai solat maghrib berjemaah majlis di teruskan lagi dengan penyampaian sumbangan berupa keperluan dapur dan wang tunai kepada 36orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal,anak yatim piatu dan warga emas.Penyampaian sumbangan seperti ini telah menjadi tradisi di Kampung Bukit Laka dan di harap sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan beban mereka.

Majlis di akhiri dengan solat isyak berjemaah dan solat terawih yang di imamkan oleh Imam 1 Surau Kampung Bukit Laka Tuan Haji Mansur bin Lebai Harun. Selesai solat terawikh semua penduduk kampung beransur pulang kerumah masing-masing.















No comments:

Post a Comment