22 Jun 2014 Ahad, Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai
semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan
penduduk di sesebuah kawasan.
Menyedari kepentingannya, JKKK Kg. Bukit Laka berkerjasama dengan
AJK Surau Kg. Bukit Laka mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu
semula.
Selain masyarakat setempat, gotong-royong tersebut turut
melibatkan ahli kariah surau dan penduduk berhampiran Kampung Bukit Laka.
Aktiviti gotong-royong membersihkan tanah kubur itu merupakan
antara salah satu program yang dilakukan bagi meraikan bulan Ramadan yang bakal
tiba.
Pengerusi JKK Kg. Bukit Laka, En. Abu Zarin Bin Bahali berkata, program itu mendapat sambutan yang baik terutama daripada penduduk sekitar dan ahli kariah Kampung Bukit Laka.
Pengerusi JKK Kg. Bukit Laka, En. Abu Zarin Bin Bahali berkata, program itu mendapat sambutan yang baik terutama daripada penduduk sekitar dan ahli kariah Kampung Bukit Laka.
Katanya, program yang mendapat kerjasama dari penduduk ini diharap menjadi pemangkin ukhwah AJK Surau, JKKK Kg. Bukit Laka dan penduduk yang dapat diteruskan pada masa hadapan.
"Program ini memberi peluang kepada generasi belia mengenali
secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan
di Kampung Bukit Laka”.
Sementara itu Pengerusi Surau Kg. Bukit Laka, yang turut
serta dalam aktiviti tersebut berkata, budaya gotong-royong di kalangan
masyarakat perlu diadakan demi kebaikan semua pihak.
Semangat gotong-royong seumpama ini perlu disuburkan kerana ia
dapat merapatkan hubungan antara penduduk seterusnya meringankan beban mereka
yang tidak berupaya terutamanya warga emas. Program ini dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan silaturahim antara penduduk.
No comments:
Post a Comment