Bahau, 22 Okt 13 –
Bersempena sambutan Hari raya Aidiladha, JKKK Kg. Bukit Laka dengan kerjasama
AJK Surau Kg. Bukit Laka telah menganjurkan program Korban Perdana. Program ini
telah mendapat kerjasama penduduk setempat dan sekitar Kg. Bukit Laka. Melalui
majlis yang julung kali diadakan ini, 6 ekor lembu telah dikorbankan bagi
disumbangkan kepada penduduk kampung.
Program ibadah korban ini diadakan dengan satu matlamat iaitu
untuk menghayati erti pengorbanan sebenar dalam kalangan masyarakat.
Semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan masyarakat
tergambar ketika ibadah ini dijalankan.
Semoga ibadah tersebut mendapat keredaan daripada Allah SWT dan
tercapai hasrat dengan mengagihkan daging korban kepada mereka yang berhak dan
memerlukan.
Pada majlis tersebut juga
telah diadakan bacaan doa selamat dan bacaan tahlil.
Semoga kerja-kerja amal
seperti ini mendapat keredaan daripada Allah SWT.
No comments:
Post a Comment