EKSPEDISI MENDAKI BUKIT ULAR SEMPENA HARI MALAYSIA, BAHAU, NEGERI
SEMBILAN
Sempena Cuti hari Malaysia 16 September 2014 JKKK Kg. Bukit
Laka telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Ekspedisi Mendaki Bukit Ular Hari
Malaysia”, program ini memberi peluang kepada penduduk Kampung Bukit Laka dan
sekitar Kampung Bukit Laka untuk menikmati panaroma keindahan alam dari puncak
Bukit Ular yang terdpat di dalam Kawasan JKKK Kg. Bukit Laka sendiri.
Bukit Ular merupakan tempat aktiviti sukan luncur udara
peringkat antarabangsa, 4x4 dan motocros. Tujuan program ini diakan untuk
melahirkan gaya hidup yang sihat dan juga melahirkan semangat patriotisma bersesuai
dengan Hari kemerdekaan dan juga Hari Malaysia yang disambut oleh seluruh
rakyat Malaysia.
Sambutan adalah diluar jangkaan, 60 peserta telah terlibat
dalam pendakian ini yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 7 tahun dan warga
emas berusia 57 tahun. Terdapat juga penyertaan dariapada pensyarah dan pelajar
Kolej Komuniti Jempol. Semua peserta menerima sijil penyertaan.
Pada hari tersebut juga Pengerusi JKKK Kg. Bukit Laka En. Abu
Zarin Bin Bahali telah menyerahkan bendera kepada semua peserta dan ketua
ekspedisi En. Syafiq Bin Izrai. Alhamdulilah semua peserta selamat sampai di
puncak Bukit Ular pada jam 10.20 pagi. Pendakian mengambil masa lebih kurang 40 minit. Diatas puncak tersebut semua peserta bersemangat menyanyikan lagu Nagaruku dan memacakkan bendera Malaysia.
No comments:
Post a Comment