PROGRAM "MOH MENGACAU PENGANAN" SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
28 September 2014 -Penduduk Kampung Bukit Laka bersama dengan
JKKK Kg. Bukit Laka telah menganjurkan program “ Moh Mengacau Peganan” sempena
sambutan Aidiladha 2014. Program ini telah diadakan di Surau Tuan Haji Abdul Kudus , Kampung Bukit Laka.
Program ini salah satu acara yang telah dirancang bagi tujuan
untuk mengeratkan hubungan kemasyarakatan
penduduk kampung disamping memelihara makanan tradisonal melayu.
Sebanyak 6 kawah dodol yang di buat pada hari tersebut. Menariknya
kali ini penduduk kampung sepakat membawa bahan-bahan mentah seperti santan dan beras dari rumah masing-masing.
Selain itu juga bahan masakan untuk makan tengahari juga dibawa oleh penduduk dan dimasak secara bergotong royong. Menu makan tengahari pada hari tersebut juga cukup menyelerakan Nasi Putih, Gulai Keladi, Terung Telunjuk Goreng Cili Api,Goreng Kangkung, Ikan Masin.
Pada hari tersebut juga telah diagihkan dodol kepada setiap rumah di Kampung Bukit Laka ibarat kata "Sedikit Sama Dirasa".
 |
Tok Ketuo turut sama mengacau penganan |
 |
Kasihatan bukan penghalang |
 |
Usia kecil tapi semangat besar inilah yang perlu kita terapkan pada generasi akan datang. |
 |
Add caption |
 |
Bergaul mesra sesama penduduk |
 |
Kaum ibu juga tidak melepaskan peluang untuk menyumbang tenaga |
No comments:
Post a Comment